SEJARAH PENUBUHAN

Pertubuhan Demokrat Sosial ditubuhkan atas dasar solidariti sesama orang muda dan mahasiswa yang cakna akan perkembangan politik dan demokrasi di negara Malaysia setelah rakyat Malaysia mengalami pengalaman politik yang tidak menentu sejak 29 Februari 2020.

Pencabulan demokrasi yang tampak menjengkelkan membawa kepada penubuhan pertubuhan ini yang berfokus kepada tiga nilai asas iaitu kebebasan, kesetaraan, dan solidariti.

Gerakan ini dianggotai oleh pelbagai peringkat masyarakat dan latar belakang politik. Komponen besar ahli yang terdiri daripada pimpinan mahasiswa dan orang muda di lapangan politik dan kemasyarakatan.

Panduan prinsip yang dipegang untuk terus mempertahankan nilai demokrasi dan reformasi institusi kerajaan yang berterusan, memartabatkan nilai manusia dan membudayakan ilmu sebagai teras kepada gerakan dalam memajukan pelbagai peringkat masyarakat.

VISI

Mewujudkan negara Malaysia yang mendakap semangat demokrasi berteraskan nilai kebebasan, keadilan dan solidariti, dan reformasi institusi yang berterusan.

MISI

Menjadi sebuah gerakan yang membawa agenda pemerkasaan orang muda di lapangan politik dan kemasyarakatan, dan menterjemahkan solidariti gerakan melalui idealisme, intelektualisme dan aktvisme.

OBJEKTIF

  1. Menyuburkan gerakan dengan penerapan nilai-nilai keadilan sosial bagi melahirkan masyarakat adil.
  2. Membudayakan ilmu sebagai teras dalam memajukan pelbagai peringkat masyarakat.
  3. Menyusun pengkaderan bagi melahirkan pemimpin masyarakat yang terlatih daripada pelbagai sudut kemahiran dan pengetahuan.

NILAI TERAS

  1. Kebebasan
  2. Kesetaraan
  3. Solidariti
  4. Keadilan Ekonomi
  5. Kemanusiaan
  6. Kejujuran
  7. Toleransi
  8. Kebertanggungjawaban