Merdeka Dengan Darah: Nuansa Keganasan Anti-Kolonial Yang Tercicir
Pada 13 Mac 1947, Ahmad Boestamam ditahan di dalam bas semasa dalam perjalanan pulang daripada menghadiri undangan Angkatan Pemuda Insaf (API) di Pahang. Rumahnya kemudian digeledah, dan Boestamam pula dihumban ke lokap di Jalan Campbell, Kuala Lumpur.
Imran Rasid menulis tentang bagaimana slogan Merdeka dengan Darah menjadi ungkapan representatif bagi tempelan sifat keganasan yang wujud pada API dan segala macam organisasi anti-kolonial radikal yang cuba melawan hegemoni pentadbiran British.