Pada Akhirnya Politik Tidak Salah

  • by

Selama masa-masa krisis COVID-19 yang terus memuncak, ada fenomena dikalangan rakyat Malaysia yang pada awalnya membenci politikus kemudian malah membenci politik secara general. Pada pandangan aku sebetulnya ini tidaklah salah kerana pemahaman akan beza politik dan politikus tidak setiap orang paham. Jadi apa-apa yang berlaku pada peringkat politikus maka akan di generalisir berlaku pada keseluruhan politik.

Tapi yang perlu kita paham Politik sebenarnya adalah satu arena, dan politikus ialah pemainnya – dalam arena tentu sahaja kita bisa menjadi jahat dan baik. Arena itu sendiri memberikan ruang pilih nak menjadi yang baik atau jahat dengan berbagai konsekuensinya.

Oleh kerana itu, pada pandangan aku gelombang kebencian pada politik secara am-nya di media sosial yang telahpun menjadi ruang publik harus kita balikkan pada satu prinsip asas yang sangat bagus dari Marcus Aurelius dalam bukunya Meditation, yang berkata  “Everything we hear is an opinion, not a fact. Everything we see is a perspective, not the truth.” Sebenarnya kebencian pada politik juga masih termasuk politik itu sendiri.

Jadi politik secara objektifnya  sebetulnya wadah untuk menciptakan peluang menuju hadapan yang lebih baik dalam bentuk wacana serta strategi pada peringkat asas untuk kemudian dilaksanakan ketika  kita sudah mencapai kekuasaan.

Secara moral pun, sebenarnya politik  juga memberikan panduan untuk menjadi ahli politikus yang baik, tetapi sifat dari panduan yang tidak mengikat tentu sahaja akan bergantung budi dan akal para pemainnya.

Bahkan, Michel Foucault dalam bukunya bertajuk History of Sexuality menghujahkan sistem politik yang baik terkadang tak mampu menjadi baik kerana banyak sekali yang jauh dari budaya literasi terhadap politik yang baik itu. Sehingga  masyarakat awam gagal menangkap mesej-mesej diskursus politik masa hadapan yang lebih baik dan intelektual gagal menjelaskan mesej-mesej itu. Oleh kerana itu, penting bagi kita untuk berkenalan dengan etika politik sebagai prinsip pertama dan cara berpolitik yang  humanis sebagai prinsip kedua.

Berkenalan dengan etika politik sebagai prinsip pertama

Proses berpolitik yang tidak sihat tak hanya merusak proses demokrasi yang sedang dibina tapi, juga merusak tatanan dan sistem politik yang telah kita patuhi bersama. Artinya, secara kasat mata masyarakat melihat, politik saat ini masih didominasi permainan-permainan. Apatah lagi realitinya banyak politikus yang hanya memperkaya dan menguntungkan diri sendiri dan atau kumpulannya dengan cara-cara yang tidak sihat, lalu membanggakan diri didepan banyak rakyat.

Dalam politik Machiavellian, rakyat ditempatkan sebagai sekumpulan orang yang bodoh serta gampang ditipu, sementara penguasa harus memiliki dua wajah yang saling berasingan ketika berhadapan dengan entiti sekelompoknya dan rakyat. Saat didepan masyarakat awam mereka akan memakai wajah yang peduli pada yang lemah, cakna pada permasalahan kemiskinan, jujur, berhemah, dan berintegriti tetapi pada entiti kelompoknya dia akan memakai muka yang berbeza.

Oleh kerana itu, etika politik berguna sebagai dawa (penawar) dari khalal (kecacatan) yang menyebabkan politik rosak dan etika ini harus diilaksanakan. Tetapi para praktiknya politik dan etika sering di pertembungkan kerana keduanya memiliki perbezaan asas yang cukup jauh. Dalam politik kompromi dalam ehwal apapun itu memang dibutuhkan bahkan juga permainan licik dalamnya tetapi etika tidak berkompromi dalam soal itu. Namun, kita masih bisa bersepakat untuk menciptakan dan menguatkuasakan standard moral dalam politik bagi menentukan arah kebahagiaan dan kesuksesaan suatu bangsa. Sebagaimana hujah Jeremy Bentham yang mengatakan bahawa “The greatest happiness of the greatest number is the foundation of morals and legislation”.

Berpolitik dengan humanis sebagai prinsip kedua

Politik yang cakna akan kemanusiaan sebagaimana kata Gus Dur “yang penting dari politik adalah kemanusiaan”, tentunya akan menjadi kunci untuk menjayakan tujuan politik. Apalagi menurut Joseph O.Baker, “humanism offers the greatest possibilities for political efficacy”.

Gus Dur

Praktik politik humanis dimulai dengan mempraktikkan prinsip kemanusiaan yang baik budi dan luhur budi sesuai dengan nilai-nilai baik dari rukun negara, yang tentu sahaja tidak menjadi Tathorruf (ekstrimisme) apatahlagi  ghuluw (berlebih-lebihan) tetapi berada pada keseimbangan yang adil.

Dua intelektual politik, bernama John Vasconcellos & Mitch Saunders kemudian memanjangkan tujuh cara berpolitik humanis; a) praktikan kesetiaan daripada sinisme, b) terbuka dengan kritik dan selalu menganggap kritik itu baik, c) jangan kotori harga diri (marwah) dengan ehwal yang tak baik, d) tempatkan kepentingan publik di atas kepentingan pribadi, f) berintegritilah dimanapun juga, g) tidak memainkan isu-isu yang bisa merusakan perpaduan, dan h) ilmu dan amal haruslah menjadi pegangan.

Jika ditarik ke dalam ajaran Islam tentu sahaja puncak dari politik humanis akan menjaga aspek penting maqashid syariah yaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta benda.

Akhirul kalam, kiranya politik akan mencapai tujuan baik dan menjadi selalu baik bagi negara Malaysia dan Indonesia, sehingga publik pada akhirnya akan berkata “Pada akhirnya bukan politik yang salah”.


Mansurni Abadi ialah Naib Yang Dipertua Persatuan Siswazah UKM dan Pengerusi Bidang Intelektual Persatuan Pelajar Indonesia UKM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *