Rona Gemilang

  • by

Jalur putih semakin pudar
Nampak lusuh jadi kekuningan
Sudah ramai mulai sedar
Pegangan kamu, jadi keldai tunggangan

Kuning juga semakin pudar
Dari kuala tak terlihat langsung
Walaupun kerap ia ditukar
Namun gahnya, hanya di balairung

Warna biru masih pekat
Namun diconteng pelbagai rona
Kapur putih, kunyit kuning, dan api merah ditekat
Hingga hodohnya mengundang bencana

Jalur merah janganlah pudar
Pudar menjadi merah jambu
Kegagalan ini menjadi gambar
Api sudah perlu di sumbu

Warna yang berseni
Makin pudar, makin padam
Mungkin petanda tahun ini
Kita tukar, bendera hitam.


Nizam Rahman ialah kolumnis Demuda dan beliau juga merupakan seorang aktivis mahasiswa dari Universiti Malaya yang bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *